Bulan Puasa


Memandangkan bulan puasa dah nak dekat, aku tepikir plak nk buat posting pasal perkara sunat puasa dan adab ketika berpuasa..kot2 la ada diantara kita yang lupa...bagi kaum hawa yang belum ganti puasa...ganti la cepat2 yek.mcm aku ni ha...heheheh

Sunat-sunat puasa

* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengqadakkan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.


Adab ketika berpuasa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:

* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.

* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

* Mengurangkan tidur di siang hari.

* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.

* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.

2 comments:

Anonymous said...

whoaa~~
xsabo nak pose
huh hu
rindu~~~

Anonymous said...

skrg pun da terasa bahang puasa...welcum ramadhan