EH! artikel bulan ogos [gaya hidup sihat]

Artikel ini hanya untuk tujuan sharing sahaja.tiada tujuan lain...info ni aku dapat dr kak farah ok. kak farah tengah update website majalah eh! so...secara sengajanye die paste url tu kat ym aku..nak suh aku bace la tu...:inis:

10 Situasi Perempuan Kata 'Ya' untuk seks!

Tiada lelaki yang tidak getar jantungnya jika terlihat gadis seksi melintas di depannya. Tiada lelaki tidak telan liur jika gadis seksi melirik ke arahnya. Sepuluh wanita terseksi ini dikatakan mampu memetik suis imaginasi seks lelaki.

1 SELEPAS BERTENGKAR

Kata orang marah-marah sayang. Pertengkaran mungkin menyakitkan tetapi pertengkaran juga bisa merapatkan lagi hubungan kedua-dua pasangan. Pertengkaran menyebabkan darah kamu
menggelegak dan jantung berdegup kencang. Dan perasaan ini sangat mudah diredakan dengan belaian dan sentuhan. Perempuan lebih mudah cair jika disentuh daripada dipujuk rayu. Malah, jika mengecewakannya sehingga membuatkannya menitiskan air mata, dekatinya, sapu air mata yang mengalir dan sandarkan dia ke birai katil. Kala itu, terus sahaja luka hatinya sembuh kembali.

2 BERITA GEMBIRA

Perasaan seseorang sukar ditaksirkan namun jika bijak membaca perasaan orang, ia satu kelebihan untuk kamu menaklukinya. Dalam keadaan gembira, perempuan mudah memberikan apa sahaja yang diminta pasangannya. Contohnya, jika dia menerima khabar dinaikkan pangkat atau mengandung. Inilah masa paling tepat untuk kamu meraikannya dengan mengajaknya ke bilik
tidur. Pasti si dia sanggup memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

3 KETIKA STRES

Walaupun stres bukanlah gangguan emosi yang ekstrem, namun dalam keadaan tertekan, perempuan biasanya memerlukan sesuatu untuk meleraikan ketegangan ketika itu. Perempuan
suka kalau ada orang yang tahu dia dalam keadaan stres dan cuba untuk membantunya meleraikan stres itu. Dan, seks antara penyelesaian terbaik untuk melenyapkan stres. Bayangkan jika dalam keadaan tertekan itu, kamu hiburkannya dengan rangsangan, tentu sahaja ia membuatkannya terawang sehingga melupakan masalah yang sedang dihadapi.

4 CEMBURU

Tiada wanita yang tidak cemburu melihat lelakinya disukai oleh perempuan lain. Cemburu wanita tandanya sayang. Biasanya, perempuan akan rasa tercabar jika tahu pasangannya sedang memerhati wanita lain. Ketika itu juga, dia akan membandingkan kelebihan dan kekurangan diri dengan wanita yang pasangannya minati itu. Salah satu cara wanita merampas kembali perhatian daripada pasangannya agar tidak memikirkan perempuan lain adalah dengan melayan nafsu pasangannya dengan memberikan yang terbaik. Justeru, jika kamu tahu dia dalam keadaan cemburu, cuba ajak dia ‘bersama’ pasti dia tidak menolak atau pura-pura menolak.

5 HARI KE-14

Perangai wanita boleh berubahubah mengikut kitaran hormonnya saban bulan. Tahukah kamu wanita sangat teruja terhadap seks sekitar dua minggu selepas dia didatangi haid? Pada sekitar waktu ini, wanita mudah terangsang dan sangat berahi. Nafsunya memuncak dan melihat sahaja kamu pasti mencetuskan perasaan ingin ‘bersama’. Justeru, mulai sekarang buat satu jadual kitaran haid pasanganmu agar kamu tahu pada hari ke berapa dia sangat-sangat mahukan kamu!

Info selanjutnya....?bawak2 la beli majalah eh! edisi august yerr.

:wave:

0 comments: